Khamis, 20 Disember 2007

Salam Aidul Adha buat semua, pertama kali selepas berkeluarga aku tak berhari raya dengan mak di Teluk Intan, bukan apa, tapi ini adalah pengorbanan seorang suami buat isteri tercintanya yg tak larat duduk lama di dalam kereta...mmg Mas suruh aku balik dengan Daniel aje,tapi takut apa-apa pulak berlaku masa aku balik kampung pulak...
So...aku ambik keputusan..raya di Andalas aje...
Selepas sembahyang raya...aku mandikan Daniel dan bersiap ke rumah Ina...mujo ada ina, taklah lapo perut ni....
Org bergambo raya...si Daniel asyik dengan pedang cahayanya...sbb pedang nilah dia mujo tak kena rotan dengan mamanya sbb dia terlepas cakap yg dia tak seronok main pedang tu, dia nak mainan yg satu lagi...bila dengo aje tu...apa lagi..berleterlah mama dia...bukan murah pedang tu...RM100 lebih harganya..aku dah cakap..Daniel beli yg satu lagi ni, tapi Daniel yg nak jugak pedang tu...so bukan salah papa sayang...
(bermain dgn pedang di rumah ucu di pagi raya haji)

Isnin, 10 Disember 2007

Gambar kenangan keluarga aku, gambar atas tu memang nak tayang no kereta tu AAB 2211 sebab itu kereta baru kami (untuk musim raya tahun tersebut) model TOYOTA KE-30 Dari kiri : Arwah Bapak, Aku, Jun, Azam, Fendy, Mak,Uji(atas dukungan mak)
Ni bekalan yg mak saya sediakan utk saya (susah payah mak buat, entah pukul berapa mak bangun pagi tadi)walaupun tiada udang utk dibuat cucur udang, tapi mak sanggup kisar ikan bilis utk buat cucur ikan bilis.....saya bangun pukul 3.30 pagi tadi pun tengok mak dah bangun dah...mungkin benar seperti yg diperkatakan oleh Ustaz Wan Sohor pagi tadi...bahawa sesetengah org tidak suka menerima sahaja....tetapi kalau boleh dia jugak memberi...kalau mak kita sanggup buat seperti itu, mengapa kita tidak..kadang-kadang terfikir jugak...bila masa kita nak memberi kepada ibu kita jika ibu kita akan membalas setiap pemberian kita? Begitulah besarnya kasih sayang mak kita...walaupun kadang2 dia tak pernah tunjukkanMungkin mak berbesar hati kot sbb sanggup hantar mak balik keTk Intan semalam selepas mak dtg untuk memeriahkan sambutan hari jadi daniel sabtu tu...mmg mak dtg naik kereta dgn adik, tapi adik terus balik ke Benut, Johor rumah mertuanya...takan nak suruh mak naik bas pulak, macam mana mak nak bawa hadiah yg mas bagi utk Hari Ibu tu....so apa salah anak yg ini berkorban sedikit walaupun penat mengantarnya balik ke kg. So dimusim sekolah ini, apa salahnya kita (pada yg masih ada ibu dan bapa di kg)..pulanglah menjenguk mereka, mmg kadang-kadang anak-anak kita merungut sbb kat kg tak ada aircond, tak ada siber cafe, tak ada air yg keluar dari btg besi...tetapi sekurang-kurangnya kita mendidik anak kita supaya sayang kepada ibu bapa..supaya bila kita tua nanti mereka akan melakukan perkara yg sama.... (SEKADAR RENUNGAN BAGI MENYEDARKAN SAYA BETAPA KASIH SEORANG IBU KEPADA ANAK-ANAKNYA)
Dr Maslinor Ismail, lahir pada 23hb Oktober 1971 di Hospital Teluk Intan, Perak. Seorang yang bercita-cita tinggi...terlampau tinggi..tapi mujur aku dah warning supaya jangan sesekali menceburi bidang politik kerana bila saja kita menceburi bidang politik...ia bermakna sebelah kaki kita telah kita letakkan di dalam Neraka Jahanam..(itu pendapat aku..) Ingat lagi masa mula-mula kenal dia ni...masa tu yati kawan dia yg call kawan aku Azman (kami tinggal satu rumah di Kelana Jaya, semasa aku bekerja dengan METRO BUS)..tiba-tiba Azman memberi talipon kepada aku, katanya ada org nak cakap.... Aku ingat lagi ayat pertama dia.. "Maaflah, saya tak tahu apa nak cakap dengan awak" saya cuma menjawab... "kalau u tak tahu apa nak cakap,saya pun tak tahu apa nak dengar"...tak sangka pulak jawapan saya yg macam tu membuat dia ketawa (sebenarnya dia baru lepas menangis sebab rakan-rakan lelaki sekuliahnya mengutuk cara dia berpakaian (mmg cara dia berpakaian dulu lain dari minah-minah medic ni) Disebabkan jawapan tu jugaklah kami berbual lebih dari sejam..mengamuk betul yati masa tu... Itu cerita lama...berapa kali kami putus..dan kalau nak tahu...pada mulanya kami hanya berkawan biasa sahaja..dan yg pertama melafazkan sama ada cinta itu wujud antara kami...ialah dari pihak perempuan...bukan aku yg mulakan... Banyak ranjau duri yg kami tempuhi bersama...rumah tangga mana yg tidak bergoyang...sedangkan lidah pun tergigit..inikan pulak kehidupan suami isteri.... Memang aku ni lelaki...mana lelaki yg tak gatai?...mana lelaki yg tak nakal?...tapi pada aku...wife aku cuma satu..yg aku cintai dan aku ingin hidup bersama cuma satu...terima kasih ayang kerana menjadi teman hidup abang....I LOVE U SO MUCH!!!!
Impian yang hampa
Impianku hampa belaka,
Dimana silapnya, aku sendiri tertanya,
Impianku ingin hidup seperti biasa,
Bukan ingin jadi kaya-raya,
Kerana jika kaya pasti merana,
Bukan tak boleh jadi kaya,
Tapi biarlah ada hadnya,
Dan dengan betul caranya,
Untuk apa jadi kaya?
Kalau dibeli, berhutang akhirnya,
Mengapa kita asyik berhutang juga,
Sedangkan kita tahu kita tak mampu membayar akhirnya,
Bukan ku pinta kau menurut kata,
Apatahlah menjadi hamba,
Tapi hormatlah pandangan aku juga,
Kerana aku mempunyai impian juga,
Impian aku ingin hidup bahagia,
Bersama kaum keluarga,
Bukannya asyik gila bekerja,
Hanya berjumpa bila tengah malam menjelma.
Impianku ingin kesurau,berjemaah beramai-ramai,
Bermain dengan anak dan isteri tercinta,
Mengadap hidangan malam bersama,
Menonton TV dan bergurau senda,
Tapi itu hanya kehidupan orang biasa,
Yang bukan kau cita-cita,
Impian ku hampa,
Hutang kita menimpa-nimpa,
Entah sampai bila penghujungnya.
Sampai bila kita hidup begini cara,
Konon ingin menjadi kaya,
Menambah hutang tanpa hadnya,
Akhirnya aku berkata,
Biarlah impian ku hampa,
Janji kau bahagia,
Kerana hidup ku tak lama,
Seketika cuma di dunia fana,
Nukilan: Badrul Hisham
Kehidupan, Inginku berlari mengejar pelangi, Yang indah selepas hujan turun menyirami bumi, Tetapi tak pernah tercapai tangan ini, Walaupun puas ku berlari sekuat hati, Kehidupan Apakah ini suatu reality, Atau mimpi disiang hari, Kerana tidak pernah tercapai hajat dihati, Mengapa hati ini sering dilukai, Oleh insan yang kukenali, Oleh insan yang kusayangi, Oleh insan yang kuhormati Merintih sendiri,menangis dihati, Tetapi adakah siapa yang peduli??, Apakah kehidupan ini hanya untuk mengembirakan hati, Setiap insan yang mengenali diri ini, Sedangkan aku hanya terluka sendiri, Menjerit tiada siapa yang peduli, Meraung tiada yang sudi mendengari Mungkin sudah suratan takdir ku begini, Penuh onak, ranjau dan duri di kaki, Wahai kehidupan…… Aku bukan mintak dibelai, Atau diri ini dimanja, Jauh sekali disanjung seumpama Raja, Cuma fahamilah…..aku jugak manusia…. 25hb Julai 2006 (0955)

Sabtu, 8 Disember 2007

Pertama kali Daniel Hissi berjaya mengayuh basikal...03/05/07 bertempat di Taman Permaian Kasut Roda di Tk Intan... Seronok betul dia bila berjaya...tersenyum sahaja...kami yg naik penat mengejarnya..bukan apa..dia bukan reti menggunakan brek lagi.... Sebelum ni kalau kami balik ke Ipoh atau Tk Intan..kereta bateri dia terpaksa kami bawak..mujurlah kami ni pakai MPV..kalau pakai kancil..mahu kena ikat kereta atas kereta..masalah lagi bateri dia cepat kong..last-last bini aku marah aku sbb tak cas... Sekarang ni kami kena bawak basikal ni aje...tak payah nak cas-cas... Kepala tu botak sebab ditarah oleh Atuk di Ipohlah...selalunya aku ajar Daniel..kalau atuk nak gunting rambut..Daniel mesti lari..mentang-mentanglah cucu askar...rambut pun tak boleh panjang sikit...mak aku berapa kali tegur dah...aku buat tak tahu aje..Malas nak gaduh-gaduh benda-benda remeh ni...yg penting bukan rambut aku..aku sorry nak rambut nipis macam askar...sorry..bini aku pun lepas aku tegur jangan rambut pendek sangat...barulah rambut dia panjang sikit...barulah lawa..kalau tidak..rambut aku lagi panjang dari rambut dia...

Rabu, 5 Disember 2007

Daniel Hissi Bin Badrul Hisham anak kesayangan kami, Daniel nama Nabi, Hissi bermakna boleh dilihat,dirasai dan disentuh..

Setelah 5 tahun menunggu, akhirnya impian kami untuk mempunyai anak termakbul...hampir RM35K kami berhabis duit simpanan untuk mendapatkan anak ini...IUI,IVF,berurut, makan rempah,makan gingseng..you name it..semua kami buat...

Apa saja yg dia nak, kami belikan..tapi kalau kena marah..sepanjang perjalanan dia akan mak dia leterkan, rotan tu benda biasa..kena letak kat luar rumah pun pernah(lawan lagi cakap mama).bini aku tak percaya cara-cara nasihat-nasihat ni...sbb dalam Islam pun, kita disusruh merotan anak kita(rotan mengajar,bukan membunuh)

Tapi bini aku sendiri akui yg dia sebenarnya lemah dengan anak yg sorang ni,patutlah mengapa seorang ibu still sayang anak sulung(rugi aku jadi anak no.2...kah kah kah)

Abang aku pernah cakap..."SHAM, INI RUMAH KE TOY r US..."memang mainan dia ni dah hampir memenuhi rumah kami...alasan untuk beli mainan ialah..."papa..mainan ni tinggal satu aje...kalau kita tak beli..esok mesti abis punya...daniel sukalah mainan niiii..."

Bulan Januari 2008 ni jika diizinkan Allah, maka akan keluarlah seorang lagi baby..yg doktor jangkakan baby girl...mesti kaki gaduh dengan abg dia nanti...sbb sekarang pun kalau abang dia duduk atas riba mama dia dan tersentuh perut mama dia..mesti baby tu akan tendang-tendang,berpusing-pusing dalam perut mama dia...

Daniel Hissi...we love u so much.....

Org ada blog, aku pun teringin.....kah kah kah..

Kehidupan aku cuma aku saja yg faham, ramai yg tak akan faham perjalanan hidup aku ni..mak aku pun pelik dengan kehidupan aku...

Aku ada isteri yang aku sayang dan cintai, tapi dapur kami tak pernah panas dek api dapor atau kotor dek minyak yg merecik dari kuali..gas memasak kat rumah aku boleh tahan sehingga hampir 2 tahun...bukan sbb bini aku tak reti masak (bila lama tak masak ia jadi tak reti...kah kah kah..sampai nak pasangkan api dapor gas pun tak reti...).bini aku terlampau sibuk.Itulah sebabnya aku tido jarang berBANTAL peluk...

Tapi penting sangat ke memasak ni??..Dalam islam pun tak ada nyatakan isteri itu berkewajipan memasak...Mungkin anak aku aje nanti yang tiada makanan kegemaran yg mak dia masak...macam aku, aku kalau balik kampung, mak mesti masakkan gulai lemak putih,cekodok bawang,ikan cencaru sambal dan macam-macam lagi lauk-lauk kesukaan aku.

Ramai kawan yang kata aku ni terlalu sayangkan bini aku sehingga tak paksa dia memasak...so what???..Aku boleh masak apa, anak aku pun tahu yg bapak dia lagi pandai masak dari mak dia...

Nasihat aku..kalau kita nak aman hidup berumah tangga...abaikan kutukan org luar...saling tolong menolong sesama sendiri..kalau keluarga kita susah, bukan org tu nak tolong...