Sabtu, 18 April 2009

Menempah Baju Raya

Tahun ni...kami sekeluarga memilih tema warna merah untuk pakaian raya...

Memang telah menjadi kelaziman kami akan membeli dan menempah seawal mungkin bagi menggelakkan membeli disaat akhir....

Setelah berbincang...aku dengan Mas bersetuju menempah baju raya dengan sepupu aku yg memang mengambil upah menjahit...dan alang-alang selepas Daniel habis bersukan...kami terus ke rumah kak yati di Kampung Lindungan PJ

Sudah lama jugak aku tidak singgah ke rumah Kak Yati ni...last sekali kami datang ialah semasa melawat Abg Mat yang patah tangan semasa bertugas di kilangnya.

Aku kira rapat jugak dengan Kak Yati ni..dia merupakan anak ke-4 Mak Ngah(kakak mak aku)

Dulu semasa aku latihan amali di ASM Bukit Raja (semasa aku semesta 5)..selama sebulan...aku tinggal dengan Abg Mat dan Kak Yati...

Darlin yang tengah happy sbb baru dimandikan oleh Nabila anak sulung Kak Yati..

Darlin yang sedang diambil ukuran badan bagi membuat baju kurung

Abang long dengan gaya machonya sedang diukur badan oleh Kak Yati

Darlin Di Hari Sukan Abg Long

Darlin yang penat memberi sokongan padu kepada abg longnya
Meneguk air bagi menghilangkan dahaga
Merajuk apabila ditegur...(oooo..dah pandai merajuk macam mama ye...)

dah mula nak menangis sbb dimarah
Tetap aktif walaupun badan berpeluh-peluh
Melihat abg long yang sedang bersukan

Raudah Adni Anual Sport Day

Sabtu, 18hb April 2009, bertempat di gelanggang bola tampar Sekolah Raudah Adni berlangsungnya sukan sekolah bagi murid-murid pra-sekolah.
Ini merupakan pertama kali Daniel terlibat dalam sukan..
Untuk tidak menghampakan harapan anak sulung aku ni, maka aku dan Mas pun bercuti untuk hari yang penuh bersejarah bagi Daniel...(pertama kali bersukanlah katakan..)
Bersama teman-teman di khemah pasukan hijau
Bersedia untuk acara pertama....Menarik Upih
Memanaskan badan dan akhirnya......ditarik oleh rakan menggunakan upih....(bagi bebudak sekarang..benda ni pelik..tetapi bagi aku yg tinggal di kampung...ianya merupakan permainan sewaktu petang)
Acara ke-2....mengisi air dalam baldi menggunakan tempurung kelapa.
Penyokong setia yang berpeluh-peluh memberi sokongan padu.

Upacara menyampaian hadiah

Rumah Hijau yang menduduki tempat pertama sedang menerima hadiah kemenangan
Rumah Hijau yang menduduki tempat ke-2 bagi acara mengisi air dalam baldi

Bergambar bersama hadiah-hadiah yang dimenangi
Bergambar bersama penyokong setia

Khamis, 9 April 2009

A Luncheon With Anuar Zain

Tanggal 9hb April 2009, kami makan tengah hari bersama Anuar Zain bagi majlis sambutan Hari Setiausaha.
Sebenarnya, tiket menonton @ makan t/hari ni merupakan satu kejutan dari wife tercinta aku semperna hadiah hari jadi aku pada 27hb March yang lalu...Dia tahu yg aku begitu meminati lagu-lagu nyanyian Anuar Zain
Pentas dimana persembahan akan dilangsungkan (gambar ini diambil dari meja makan kami...atau pun secara tidak langsung, ingin memberi tahu yg kami duduk di meja yg di hadapan pentas...) Wife aku sempat bergambar dengan patientnya (no 3 dari kiri)
Yang ni pun salah sorang patient Mas di LPPKN...dan duduk pulak 1 meja dgn kami
Dee menjadi pengacara majlis
Dee dengan salah satu persembahannya bersama-sama bos-bos...(semua bos diminta bergaya dgn identiti penyanyi...dari kiri gaya R.Azmi, Jeffridin, Sudirman, Allycats, M Daud Kliau dan Anuar Zain)
Gaya seorang penghibur

Memiliki aura yang tersendiri

Patutlah ramai gadis-gadis dan mak-mak budak yang meminati Anuar Zain
Tak rugi membeli tiket yang mahal untuk menonton artis yang mempunyai kelasnya yang tersendiri
Walaupun mengalami batuk dan sakit tekak, ianya tetap tidak menganggu rentak nyanyian Anuar Zain
Lagu-lagunya yang berentak R&B sangat-sangat menghiburkan
Setiap lagu disampaikan dengan penuh penghayatan
Gaya seorang penghibur
Tahu bagaimana berkomunikasi dengan perminatnya
Pertunjukan 1 jam lebih terasa deras berlalu
Pandai melayan kerenah para peminatnya
Walaupun penat, tetap sudi bergambar dengan sesiapa jua
Diiringi oleh pemuzik-pemuzik yang berbakat
Ramai yang sanggup berjoget dengan Anuar Zain
Senyuman yg membuat sesetengah wanita histeria
Tidak malu untuk menyanyikan lagu dari penyanyi baru....Lagu Aizat..
Pada aku Anuar Zain berada dikelasnya yang tersendiri, aku meminatinya sewaktu beliau popular dengan lagu Kain Pelikat sewaktu umur aku belasan tahun. Pertama kali aku berjumpa dengan beliau ialah pada tahun 1997 sewaktu beliau masih bekerja sebagai Ketua Pramugara dengan MAS, aku pada masa itu selalu berulang ke Sabah pasal kerja, aku pernah menaiki satu kapalterbang dengan kakaknya Ziana Zain dari Sandakan, yang membuat persembahan di Sabah.
Tapi aku puji Anuar Zain kerana dia sentiasa tersenyum ketika melayan peminatnya...Aku dengan Mas sanggup membeli baju hanya untuk ditanda tanganinya...dan aku terkejut kerana setiap seorang akan dapat berjumpa beliau di bilik VVIP ketika beliau menanda tangani baju tersebut.
Dan pada hari tersebut jugak, buat pertama kalinya kami memenangi 2nd Prize ke Bangkok (masa mendaftar, aku dah cakap dengan org yg menerima pendaftaran kami yang kami kan menang cabutan bertuah sebab kami jarang dpt luck...tapi org tu dengan bangganya berkata.."tak pa encik, hari ni kami jampi supaya encik suami isteri menang cabutan bertuah..." dan akhirnya tanpa kami sangka, no 0179 diumumkan memenangi hadiah tempat ke-2.....
Anyway....aku ingin merakamkan ucapan khas buat isteri tercinta aku dengan ucapan
I LOVE U SO MUCH MY DEAR.... thanks sayang