Rabu, 30 September 2009

PERJUMAPAAN KELUARGA RAZAK

Buat pertama kalinya, pada 30hb Sept 2009 yakni Hari Raya Aidil Fitri yg ke 3, berkumpullah semua anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit Abd Razak Bin Rustam di halaman rumah opah aku di Lrg 10A, Kampung Bahagia, Tk Inatan, Perak
Gambar diatas ni merupakan anak-anak Abd Razak yg masih hidup, bapak aku, dan arwah mak uda kuala , telah lebih dulu kembali ke rahmatullah
Abd Razak (atuk aku) mempunyai anak seramai 16 org anak dari 3 ibu, arwah bapak aku merupakan anak yg ke 2 Pak Usu dan Mak Usu Adik-adik sepupu aku bergambar (jumlah sebenar sepupu aku....aku sendiri pun tak ingat..bab nama jgn tanyalah....)
Sedang mendengar ucapan Pengerusi Majlis/Presiden Kelab (Pak Uteh merupakan Presiden Kelab ini)
Aku dan adik bongsu aku
Cicit-cicit Abd Razak sedang bertanding dlm pertandingan membawa bola ping-pong
Isteri tercinta aku pun tak ketinggalan menyertai perjumpaan ini
Opah aku (isteri ke-3 arwah atuk aku, arwah atuk aku berkahwin lain hanya setelah isteri-isterinya (opah-opah aku) meninggal.
Pak Yop (anak sulung arwah atuk aku)
Mak Nyak sedang bertanya khabar dengan anak-anak saudaranya
(yg berbaju belang tu sepupu aku yg sebaya aku dan masih bujang dan menetap di London, dan berbaju hijau tu ialah anak arwah Mak Uda Kuala dan juga sepupu aku yg masih bujang dan memegang jawatan COO di Astro)

Isnin, 28 September 2009

Hari Raya Aidil Fitri 2009

Tahun ni kami menyambut hari raya di Ipoh dulu Memang kalau ikut giliran, tahun ni giliran berhari raya di Teluk Intan, tetapi memandangkan yg keluarga aku ada program Hari Keluarga Razak pada hari raya ke3, so kami pun bersetuju untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Ipoh dahulu.... Wife akulah yg paling suka sbb raya pertama, mak dia pasti akan menyediakan makanan kesukaannya ialitu laksa dan ketupat pulut bersantan { sama seperti ketupat palas tapi mereka gunakan ketupat dan di masak dgn santan...Kuih org Nata (suku Minang jugak) } Kami balik ke Ipoh pada hari sabtu (hari terakhir puasa) selepas aku habis bekerja... Sampai kat Ipoh pun dah pukul 6 ptg....jalan masa tu dah tak berapa jem dah sbb ramai yg telah pulang ke kampung... Selepas berbuka, aku dgn wife aku terus ke pusat membeli belah di Ipoh utk mencari barangan aku yg belum di beli lagi...(last minit lah katakan)... Tahun ni jugak, kami dapat berpakaian sedondong (rejeki kliniklah katakan)..Darlin lah yg paling banyak baju rayanya...melebihi 20 pasang wife aku belikan...
(bodek abg nampak.....)
...............................Sessi memberi duit raya........................
Sessi bermaaf-maafan dan bergambar dgn mak dan bapak mertua aku dan adik-beradik wife aku....
Sesekali berjumpa....mesti ada sahaja mereka adik-beradik ni....
Tahun ni, kami bercuti paling panjang...seminggu kami bercuti, klinik pun hanya akan di buka pada hari sabtu sahaja....bukan apa, dah balik kampung...
Mmg kami berhari raya di Ipoh sehingga raya ke 2 sahaja dan yg selebihnya kami berhari raya di kg aku di Kampung Bahagia Tk Intan...
----------------------------------------
____________________________
Di Ipoh, semua adik-beradik wife aku dapat berkumpul, cuma Mahathir sahaja yg balik ke Ipoh pada malam raya pertama
Dan seperti kelazimannya bila ada family yg bertambah, maka, kami akan mengambil gambar keluarga di kedai gambar di pekan Ipoh...
Darlin dan anak Maziah merupakan cucu baru buat Abah dan mak....
Gaya Darlin dgn baju rayanya.......
.............................. ....................
Wajah abang long yg boring sbb tak dpt menonton rancangan TV
(Gaya seorang suami/papa yg macho.....kahkahkah...)