Jumaat, 10 September 2010

Raya 2010

Tahun ni beraya di Teluk Intan, memang baju nampak sedondong tapi aku dgn daniel beli yg siap aje kat Shah Alam, Nia kami beli bajunya kat Gaint Kota Damansara dan Mas tempah sebelum raya lagi. Tahun ni jugak klinik kami tutup paling lama, iaitu selama 6 hari bermula 10hb hingga 15hb. Kami bertolak pulang ke kampung pada 9hb selepas aku pulang bekerja(kerja sekerat hari aje, klinik pun buka sekerat hari sahaja) Kami bertolak jam 1 lebih menuju ke Ipoh untuk menghantar nasi brani gam yg kami tempah dgn abg Zul, kerana mak mertua aku yg tak berapa sihat. Sampai di Ipoh lebih kurang jam 3 lebih kerana lebuhraya yg lancar dan tiada kesesakan, pukul 4 lebih kami mula bergerak menuju ke Tk Intan. Berbuka puasa terakhir tahun ni mak menyediakan kanji lemak(kegemaran arwah bapak aku dulu dan hidangan wajib kami sekeluarga bila puasa) Tahun ni keluarga aku dgn keluarga yop pendy aje yg menyambut Hari Raya di Teluk Intan bersama sama dgn adik adik aku yg masih belum berkahwin (Azam, Uji dgn Wan).
Selepas selesai menunaikan solat sunat raya, kami berkumpul untuk menikmati hidangan raya dan memohon maaf dengan mak.
Nia sedang bersalam memohon maaf dengan opahnya
Daniel memohon maaf dengan opahnya sambil diperhatikan oleh Nia.
Oleh kerana raya yg jatuh pada hari jumaat, maka selepas sembahyang raya, kami hanya melawat rumah opah yg berada di hadapan rumah kami sahaja, dan seperti biasa jugalah, bila Mas ada, ramai saudara mara yg bertanya tentang penyakit mereka, dan seperti mana biasa juga kami pasti membawa satu beg penuh ubat ubat jika ada yg memerlukan. Maka terjadi lah klinik bergerak pada raya pertama di rumah opah..

Selasa, 27 Julai 2010

Anak Daraku Bertudung

Nilah rupanya anak dara aku bertudung....tapi malu-malu mcm bapaknya jugak..hehehe

Rabu, 7 Julai 2010

Nia Dgn Spek Barunya

Anak dara aku yg sorang ni kalau bab bergaya, bagikan kat dia..tak padan dengan keciknya, spek tu pun baru dapat sebab spek yg lama asyik patah tangkainya....

Jumaat, 25 Jun 2010

Hari Bapa

Wife tersayang aku membuat satu kezutan yang membuat aku benar-benar terkezutttt.. Aku tak sangka sempena Hari Bapa, aku akan mendapat hadiah yang pada aku cukup mahal....memang pada dasarnya aku amat meminati jam, terutamanya jenama ORIS, tapi memanglah harganya mahal....tapi sapa sangka, tahun ini sempena Hari Bapa, aku mendapat jam tangan TISSOT yg bukan murah (4 angka dah tentu..).. So buat isteri tercinta Dr Maslinor Binti Ismail dan anak anak ku Daniel Hissi dan Nia Darlina Hissi...terima kasih...papa sayang kamu semua...

Isnin, 14 Jun 2010

Nia

Anak dara aku ni memang hantu telo, kalau kenduri kahwin,benda yg dia suka ialah telo..siap boleh kupas sendiri pulak tu....