Published with Blogger-droid v1.6.5
Sabtu, 22 Januari 2011
Selasa, 18 Januari 2011
Khamis, 13 Januari 2011
Nia Darlina Hissi sudah 3 tahun
Semalam bertempat di klinik kami menyambut hari jadi anak perempuan kami yang ke 3.

Baju ni dibeli khas oleh mamanya, so paham paham ajelah kalau dah kuasa veto suruh anaknya memakai pakaian berbulu tu......

banyak hadiah yang Nia dapat.

Sedang menunggang kuda yg boleh berbunyi, hadiah dari papanya.....
Jumaat, 12 November 2010
Kehidupan Hari Minggu
Gambar ini di ambil selepas aku beriadah dengan cara berbasikal di sekitar Bukit Rahman Putra. Sekarang ni aku mempunyai satu hobi berbasikal pada pagi ahad (itu pun kalau tidak balik ke Andalas, Klang).
Mula mula untuk berkayuh semula ni memang perit, sakit seluruh sendi badan, padahal waktu sekolah dulu basikal merupakan kenderaan utama aku ke sekolah. Keadaan jalan di Bukit Rahman Putra yang berbukit bukit menyebabkan rasa berCINTA sangat bila nak mula berkayuh ni.
Selain pagi ahad, aku jugak mengayuh waktu malam (tapi tak jauhlah) yang penting aku dapat mengeluarkan peluh.
Sabtu, 30 Oktober 2010
Hari Raya Yang Lalu
Gambar ni diambil masa hari raya Adil Fitri yg lepas, masa ni kami sekeluarga bersama adik beradik yang ada pergi menziarahi pusara arwah bapak di Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak.
Arwah bapak tidak sempat melihat kejayaan anak anak beliau, dia terlebih dahulu di panggil Ilahi. Abang sulung aku tidak sempat pun menatap wajah terakhir arwah bapak kerana pada masa arwah bapak meninggal, abang aku masih belajar di USA.
Kini anak anak mu telah berjaya dan hampir semuanya sudah pun berkeluarga
Al-Fatihah buat arwah bapak, Mohd Ramly Bin Abd Razak, semoga rohnya ditempatkan dikalangan umat-umat yang terpilih.
Langgan:
Catatan (Atom)


