Hari ni,hari ke2 kami mengunjungi Taman Tema Disneyland, esok kami akan bersiap untuk pulang.
Hari ni bukan macm tayar pancit dah, tapi dah jadi rupa tayar hancur bilamana menteri kewangan menghabiskan belanjawan tahunan.
Maka penuhlah tangan(umpama tangan sotong dah)
Balik hotel ni pasti lena diulit mimpi. Mujur kami tak ke bandar kosmopolitan Hong Kong yang pasti terdapat banyak barang barang yang akan mencairkan hati menteri kewangan.....
Isnin, 28 November 2011
Disneyland Hong Kong Hari Ke 2
Ahad, 27 November 2011
Disneyland Hong Kong
Hari ni kami memulakan perjalanan hari pertama ke Disneyland, dengan membawa makanan dan minuman yang kami masak dari hotel.
Memang banyak tempat yang menarik dan menyeronokkan disini tapi AWAS....pastikan poket anda kembung sbb poket kaum ibubapa seperti tayar motor yang terkena paku di jalanraya kerana disini terdapat banyak kedai kedai cenderahati atau cederaHATI kerana anak anak akan rambang mata waima terbeliak beliak biji mata bila melihat barang barang yang dijual disini. Hatta ada juga yang menjadi King Kong dengan mengentak hentak kaki ke lantai bilamana permohonan lisan untuk membeli barang mainan yang mereka idamkan tidak mendapat kelulusan dari jemaah menteri, terutamanya menteri kewangan.
Banyak tempat permainan yang menyeronokkan disini dan pastikan anda tahu jadual waktu bagi pertunjukan tertentu bagi mengelakkan poket anda menjadi tayar yang terkena paku dijalanraya.
Dan yang pasti, satu hari di Disneyland tidak mencukupi untuk merayap disemua penjuru.
Sabtu, 26 November 2011
Disney Hotel, Hong Kong
Tepat jam 7.30mlm kami selamat tiba ke Disney Hotel, Hong Kong.
Memang cantik dan berseni hotel ni, esok akan bermulalah perjalanan menjelajah Disney.
Ocean Park, Hong Kong
Hari ni kami sekeluarga telah mengunjungi Taman Tema Ocean Park yang tidak jauh dari L'Hotel.
Bagi budak budak, sini merupakan syurga bagi mereka tetapi neraka bagi kaum ibubapa kerana nak masuk sini aje, dewasa HK$ 280.00 & HK$140.00 untuk kanak kanak.