Sabtu, 18 April 2009

Menempah Baju Raya

Tahun ni...kami sekeluarga memilih tema warna merah untuk pakaian raya...

Memang telah menjadi kelaziman kami akan membeli dan menempah seawal mungkin bagi menggelakkan membeli disaat akhir....

Setelah berbincang...aku dengan Mas bersetuju menempah baju raya dengan sepupu aku yg memang mengambil upah menjahit...dan alang-alang selepas Daniel habis bersukan...kami terus ke rumah kak yati di Kampung Lindungan PJ

Sudah lama jugak aku tidak singgah ke rumah Kak Yati ni...last sekali kami datang ialah semasa melawat Abg Mat yang patah tangan semasa bertugas di kilangnya.

Aku kira rapat jugak dengan Kak Yati ni..dia merupakan anak ke-4 Mak Ngah(kakak mak aku)

Dulu semasa aku latihan amali di ASM Bukit Raja (semasa aku semesta 5)..selama sebulan...aku tinggal dengan Abg Mat dan Kak Yati...

Darlin yang tengah happy sbb baru dimandikan oleh Nabila anak sulung Kak Yati..

Darlin yang sedang diambil ukuran badan bagi membuat baju kurung

Abang long dengan gaya machonya sedang diukur badan oleh Kak Yati

4 ulasan:

fz berkata...

Oii cepatnya buat tempahan.? harus happening raya tahun ini. well merah tu mengancam. lagi merah lagi baguih. lembu-lembu Kak Jam suka tuh. heh..heh. Rupor nyer budak tansformer dah besaq.Gambar dia ukur baju tu nampak jinak jer. teruk lah you..kalau dua-dua ni sekepala..darling pun dah besar ye. Masa kak jumpa dia baby kecikkkk.

IXORAROXI berkata...

pehhh raya sakan!

azieazah berkata...

Tahun ni mesti lebih meriah dari tahun tahun dulu..

Duit raya jangan lupa ekkk....

YanDarwisy berkata...

Alamak...dah ready baju raye ker?
Semangat nih! Salam Singgah! :P