Rabu, 22 September 2010

Kenangan Dahulu

Gambar ni di ambil semasa aku sekolah tadika...aku ulangi..SEKOLAH TADIKA (utk memberi gambaran yang pada masa ini aku masih anak anak yg suci....)...gambar ni pun aku dapat melalui sorang kawan aku yang aku panggil dia Chemy..
Dulu kami bersekolah di bawah rumah seorang cikgu di lorong guru, kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak...
Adik aku Junaidah pun ada sama dlm gambar ini, duduk sebelah sepupu aku Gudik (nama gelarannya)
Terima kasih jugak pada Facebook yang membolehkan kami menjejaki kawan kawan lama yang terpisah, walaupun kami satu kampung, tetapi dek kerana masing masing sudah berkeluarga maka kami jarang dapat berjumpa hatta di hari raya sekalipun, yang aku sering jumpa hanyalah orang tua mereka.
Sekolah tadika ini jugaklah yang mengenalkan aku dengan abjab A B C dan huruf 1 2 3
Gambar ni aku pun tak ingat dah masa kahwin pak/mak saudara aku yang mana (ni gambo di rumah opah aku), kalau tak salah aku ni masa kahwin Wa kot..
Ini gambar aku dengan adik beradik dan sepupu sepupu aku (ada sorang aje kawan kami)...gambar ini diambil di rumah Mak Yon Ju di tingkat atas rumahnya, aku masa tu tengah mengayakan baju vest kulit unta (hadiah arwah atuk aku)...Kalau ikutkan, baju vest tu gatal (ia berbulu) tapi disebabkan nak bergaya.....gatal pun gatallah...
Ni gambar sepupu sepupu aku di masa majlis perkahwinan Long(dia ni mak saudara aku tapi suruh anak buah dia panggil dia long sbb nak nampak muda, gelaran ini hanya utk anak anak saudara yg senior aje...so sepupu sepupu aku yg muda muda still panggil dia Mak Long)
Ni pun gambar aku dengan sepupu aku (kecuali yg depan tu ialah pak usu aku) tapi masa bila gambar ini aku dah lupa sebab selalunya kami sepupu sepupu dapat berkumpul ramai ramai hanya bila ada majlis perkahwinan aje.
Ini ialah gambar yang paling lama (terima kasih sepupu aku Ani yg telah memberi gambar ini), aku sendiri pun tak ingat berapa umur aku masa ni..
Yang ada dalam gambar tu ialah Pak Usu(berdiri didepan sekali), Pakcik Tar(yg duduk tangan atas peha tu), Fendy (abg sulung aku), Aku yg di pangku oleh opah aku, Ani yg di pangku oleh mak dia sendiri (Mak Anjang)

Fast car -Tracy Chapman

Tracy Chapman dengan lagu Fast car merupakan lagu yg aku minat dari zaman aku ITM awal 90an dulu..
Masa mula mula dengar lagu ni ingat lelaki lah yg menyanyikan, rupa-rupanya perempuan yg nyanyi lagu ni....
Hingga kini aku still amat meminati lagu ini...

Jumaat, 10 September 2010

Raya 2010

Tahun ni beraya di Teluk Intan, memang baju nampak sedondong tapi aku dgn daniel beli yg siap aje kat Shah Alam, Nia kami beli bajunya kat Gaint Kota Damansara dan Mas tempah sebelum raya lagi. Tahun ni jugak klinik kami tutup paling lama, iaitu selama 6 hari bermula 10hb hingga 15hb. Kami bertolak pulang ke kampung pada 9hb selepas aku pulang bekerja(kerja sekerat hari aje, klinik pun buka sekerat hari sahaja) Kami bertolak jam 1 lebih menuju ke Ipoh untuk menghantar nasi brani gam yg kami tempah dgn abg Zul, kerana mak mertua aku yg tak berapa sihat. Sampai di Ipoh lebih kurang jam 3 lebih kerana lebuhraya yg lancar dan tiada kesesakan, pukul 4 lebih kami mula bergerak menuju ke Tk Intan. Berbuka puasa terakhir tahun ni mak menyediakan kanji lemak(kegemaran arwah bapak aku dulu dan hidangan wajib kami sekeluarga bila puasa) Tahun ni keluarga aku dgn keluarga yop pendy aje yg menyambut Hari Raya di Teluk Intan bersama sama dgn adik adik aku yg masih belum berkahwin (Azam, Uji dgn Wan).
Selepas selesai menunaikan solat sunat raya, kami berkumpul untuk menikmati hidangan raya dan memohon maaf dengan mak.
Nia sedang bersalam memohon maaf dengan opahnya
Daniel memohon maaf dengan opahnya sambil diperhatikan oleh Nia.
Oleh kerana raya yg jatuh pada hari jumaat, maka selepas sembahyang raya, kami hanya melawat rumah opah yg berada di hadapan rumah kami sahaja, dan seperti biasa jugalah, bila Mas ada, ramai saudara mara yg bertanya tentang penyakit mereka, dan seperti mana biasa juga kami pasti membawa satu beg penuh ubat ubat jika ada yg memerlukan. Maka terjadi lah klinik bergerak pada raya pertama di rumah opah..