Isnin, 7 Mac 2011

Nia Kena Marah

Kes ini baru jugak berlaku, tak salah aku minggu lepas.
Walaupun dah banyak permainan yang dah dibelikan, benda benda lain jugak yang dia suka usik (perangai bebudak).
Anak aku yang sorang ni pegi main bekas sebuk kopi kat depan tempat menunggu patient, memang tak dinafikan Nia ni peminat kopi macam aku, bab suka buat projek yg bukan bukan ni perangai mak dia (benda ni mak mertua aku yg kata....)
Alih alih terjatuh bekas tu....apa lagi, berteraburlah serbuk kopi memenuhi lantai klinik, mujur tiada patient masa tu, apa lagi...jadi Hulk lah wife aku...mujur tak koyak baju je...
Si kecik tu terkebil kebil kena marah.
So apa lagi, kena sapu dan mopkan tempat serbuk kopi tu tumpahlah...
(muka 10sen sebab kena marah)

2 ulasan:

hajiii aminnn (blog 3 hajiii ) berkata...

piluu niaa

IXORAROXI berkata...

cian NIA..lahaiiiiiiiii namapun budak2 takkanlah buat silap kecik tu nak sampai koyak baju marahkan anak..bior bebenor skit :D..jgn memain hidup ni kadang2 boleh jadi dejavu tau..esok2 kita tua, tertumpahkan bekas serbuk kopi juga, hah camtulah anak marahkan kita..aku biasa je nampak emak tertumpah kopi atau gula atau air, aku diam je, bila dia beredar,aku bersihkan je, taklah pulak rasa nak marahkan emak..aku paling takut 'dejavu'ngeri