Ahad, 27 November 2011

Disneyland Hong Kong

Hari ni kami memulakan perjalanan hari pertama ke Disneyland, dengan membawa makanan dan minuman yang kami masak dari hotel.

Memang banyak tempat yang menarik dan menyeronokkan disini tapi AWAS....pastikan poket anda kembung sbb poket kaum ibubapa seperti tayar motor yang terkena paku di jalanraya kerana disini terdapat banyak kedai kedai cenderahati atau cederaHATI kerana anak anak akan rambang mata waima terbeliak beliak biji mata bila melihat barang barang yang dijual disini. Hatta ada juga yang menjadi King Kong dengan mengentak hentak kaki ke lantai bilamana permohonan lisan untuk membeli barang mainan yang mereka idamkan tidak mendapat kelulusan dari jemaah menteri, terutamanya menteri kewangan.

Banyak tempat permainan yang menyeronokkan disini dan pastikan anda tahu jadual waktu bagi pertunjukan tertentu bagi mengelakkan poket anda menjadi tayar yang terkena paku dijalanraya.

Dan yang pasti, satu hari di Disneyland tidak mencukupi untuk merayap disemua penjuru.


Published with Blogger-droid v2.0.1

0 comments: