Isnin, 14 Mac 2011

Suasana Pagi Di Kuala Gula

Hari ni akan bercuti kerana menghantar ayang aku ke Kuala Gula, nyaman sungguh suasana pagi disini yang bertemankan kicauan burung dan enjin bot nelayan yang memecah keheningan pagi.
Matihari baru saja memunculkan diufuk timur, indah sungguh suasana begini.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Isnin, 7 Mac 2011

Nia Kena Marah

Kes ini baru jugak berlaku, tak salah aku minggu lepas.
Walaupun dah banyak permainan yang dah dibelikan, benda benda lain jugak yang dia suka usik (perangai bebudak).
Anak aku yang sorang ni pegi main bekas sebuk kopi kat depan tempat menunggu patient, memang tak dinafikan Nia ni peminat kopi macam aku, bab suka buat projek yg bukan bukan ni perangai mak dia (benda ni mak mertua aku yg kata....)
Alih alih terjatuh bekas tu....apa lagi, berteraburlah serbuk kopi memenuhi lantai klinik, mujur tiada patient masa tu, apa lagi...jadi Hulk lah wife aku...mujur tak koyak baju je...
Si kecik tu terkebil kebil kena marah.
So apa lagi, kena sapu dan mopkan tempat serbuk kopi tu tumpahlah...
(muka 10sen sebab kena marah)