Isnin, 28 September 2009

Hari Raya Aidil Fitri 2009

Tahun ni kami menyambut hari raya di Ipoh dulu Memang kalau ikut giliran, tahun ni giliran berhari raya di Teluk Intan, tetapi memandangkan yg keluarga aku ada program Hari Keluarga Razak pada hari raya ke3, so kami pun bersetuju untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Ipoh dahulu.... Wife akulah yg paling suka sbb raya pertama, mak dia pasti akan menyediakan makanan kesukaannya ialitu laksa dan ketupat pulut bersantan { sama seperti ketupat palas tapi mereka gunakan ketupat dan di masak dgn santan...Kuih org Nata (suku Minang jugak) } Kami balik ke Ipoh pada hari sabtu (hari terakhir puasa) selepas aku habis bekerja... Sampai kat Ipoh pun dah pukul 6 ptg....jalan masa tu dah tak berapa jem dah sbb ramai yg telah pulang ke kampung... Selepas berbuka, aku dgn wife aku terus ke pusat membeli belah di Ipoh utk mencari barangan aku yg belum di beli lagi...(last minit lah katakan)... Tahun ni jugak, kami dapat berpakaian sedondong (rejeki kliniklah katakan)..Darlin lah yg paling banyak baju rayanya...melebihi 20 pasang wife aku belikan...
(bodek abg nampak.....)
...............................Sessi memberi duit raya........................
Sessi bermaaf-maafan dan bergambar dgn mak dan bapak mertua aku dan adik-beradik wife aku....
Sesekali berjumpa....mesti ada sahaja mereka adik-beradik ni....
Tahun ni, kami bercuti paling panjang...seminggu kami bercuti, klinik pun hanya akan di buka pada hari sabtu sahaja....bukan apa, dah balik kampung...
Mmg kami berhari raya di Ipoh sehingga raya ke 2 sahaja dan yg selebihnya kami berhari raya di kg aku di Kampung Bahagia Tk Intan...
----------------------------------------
____________________________
Di Ipoh, semua adik-beradik wife aku dapat berkumpul, cuma Mahathir sahaja yg balik ke Ipoh pada malam raya pertama
Dan seperti kelazimannya bila ada family yg bertambah, maka, kami akan mengambil gambar keluarga di kedai gambar di pekan Ipoh...
Darlin dan anak Maziah merupakan cucu baru buat Abah dan mak....
Gaya Darlin dgn baju rayanya.......
.............................. ....................
Wajah abang long yg boring sbb tak dpt menonton rancangan TV
(Gaya seorang suami/papa yg macho.....kahkahkah...)

Rabu, 19 Ogos 2009

ISTERI TERCINTA KONVO

Pada 11hb Ogos 2009 bertempat di Universiti Malaya, isteri aku telah di anugerahkan Sarjana Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga) yg membawa gelaran Doktor Pakar
Bergambar bersama-sama teman seperjuangan
Tahniah yang.....I love U Mujo mak buyung tu tak meletup time nik kat pentas tadi ye....
Pada 11hb Ogos 2009 bertempat di Universiti Malaya, isteri aku telah di anugerahkan Sarjana Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga) yg membawa gelaran Doktor Pakar
Isteri aku kata yg nak daftar utk Sarjana lain pulak lepas ni....lepas tu baru sambung PhD....buatlah yang....

Sabtu, 8 Ogos 2009

PERJUMPAAN HARI KELUARGA RAZAK

Pada tarikh 2hb Ogos bertempat di Taman Tasik Perdana...kami waris-waris KKAR (Keluarga Razak) berkumpul bagi membincangkan perjumpaan besar-besaran keturunan Abdul Razak Bin Rostam (atuk sebelah bapak aku) pada 3 hari raya puasa nanti. Ramai jugak yg hadir dari pada mak-mak saudara dan pak-pak saudara, termasuk jugalah sepupu-sepupu dan anak-anak saudara yg tinggal di sekitar lembah klang yg hadir.. Seperti biasa, aku hanya membawa Darniel dan Darlin aje...Mas terpaksa menjaga klinik...so..penat jugaklah menjaga bebudak ni... Makanan pagi tu di bawa oleh Ani (sepupu aku) yg penat memasak nasi lemak..roti canai, bihun pun ada.... Biasalah, bila dah berkumpul ramai-ramai ni...banyak cerita yg keluar...
Abang Long yg sempat berposing disamping pistol power rangersnya
Aku dan Mak Nyak
Darlin dan Daniel

Rabu, 22 Julai 2009

Keracunan Makanan

Kesian anak aku....dua-duanya dimasukkan ke Damansara Specialist gara-gara termakan nasik berlauk ikan goreng yg aku beli dari kedai Taqwa (belakang klinik aku kat Bkt Rahman Putra)....selalunya ina akan rasa dulu ikan tersebut....tapi hari tu, aku tak sempat nak rasa dulu...
Hari rabu tu aku mmg sekerat hari aje sbb dah janji dgn Mas yg aku nak ambik dia di UM dan makan dgn Kak Posh di tempat Ixora..
Habis makan tu...dah dekat pukul 3lebih...terus ambik Darlin kat taman asuhannya....cikgu dia kata yg dia asyik tidur aje...Mas dah cemas dah...terus dia desak supaya kami hantar Darlin ke hospital....lepas ambil Daniel kat sekolahnya, terus aku dan Mas ke Damansara Specialist...
Lepas 2 jam lebih...baru Darlin di masukkan ke wad 238 (Mas masa tu dah balik dgn Daniel dan Ina)...
baru aje masuk, terus Mas call memberitahu yg Danioel pun cirit dan Mas menyuruh Ina menghantar Daniel pulak.....2 jam lebih lagi aku menunggu kat bilik kecemasan sebelum Daniel di masukkan ke wad...mujur aku dah cakap dgn Datuk Azizi yg aku nakkan katil yg sama bilik dgn Darlin...so Daniel pun di tempatkan di wad 237...satu bilik dgn bilik adiknya..
Darlin dimasukkan 3 botol air...manakala Daniel pulak sebanyak 1 botol..
Terpaksalah aku mengambil cuti 2 hari (khamis dan jumaat) sbb Mas ada tugasan Jurnal yg terpaksa dia siapkan di Bangi selama 3 hari bermula hari Jumaat sehingga Ahad.
Mintak-mintak sabtu ni keluarlah anak-anak aku ni....penat aku melayan mereka.

Sabtu, 18 April 2009

Menempah Baju Raya

Tahun ni...kami sekeluarga memilih tema warna merah untuk pakaian raya...

Memang telah menjadi kelaziman kami akan membeli dan menempah seawal mungkin bagi menggelakkan membeli disaat akhir....

Setelah berbincang...aku dengan Mas bersetuju menempah baju raya dengan sepupu aku yg memang mengambil upah menjahit...dan alang-alang selepas Daniel habis bersukan...kami terus ke rumah kak yati di Kampung Lindungan PJ

Sudah lama jugak aku tidak singgah ke rumah Kak Yati ni...last sekali kami datang ialah semasa melawat Abg Mat yang patah tangan semasa bertugas di kilangnya.

Aku kira rapat jugak dengan Kak Yati ni..dia merupakan anak ke-4 Mak Ngah(kakak mak aku)

Dulu semasa aku latihan amali di ASM Bukit Raja (semasa aku semesta 5)..selama sebulan...aku tinggal dengan Abg Mat dan Kak Yati...

Darlin yang tengah happy sbb baru dimandikan oleh Nabila anak sulung Kak Yati..

Darlin yang sedang diambil ukuran badan bagi membuat baju kurung

Abang long dengan gaya machonya sedang diukur badan oleh Kak Yati