Khamis, 13 Januari 2011

Nia Darlina Hissi sudah 3 tahun

Semalam bertempat di klinik kami menyambut hari jadi anak perempuan kami yang ke 3.
Baju ni dibeli khas oleh mamanya, so paham paham ajelah kalau dah kuasa veto suruh anaknya memakai pakaian berbulu tu......
banyak hadiah yang Nia dapat.

Sedang menunggang kuda yg boleh berbunyi, hadiah dari papanya.....

Jumaat, 12 November 2010

Kehidupan Hari Minggu

Gambar ini di ambil selepas aku beriadah dengan cara berbasikal di sekitar Bukit Rahman Putra. Sekarang ni aku mempunyai satu hobi berbasikal pada pagi ahad (itu pun kalau tidak balik ke Andalas, Klang). Mula mula untuk berkayuh semula ni memang perit, sakit seluruh sendi badan, padahal waktu sekolah dulu basikal merupakan kenderaan utama aku ke sekolah. Keadaan jalan di Bukit Rahman Putra yang berbukit bukit menyebabkan rasa berCINTA sangat bila nak mula berkayuh ni. Selain pagi ahad, aku jugak mengayuh waktu malam (tapi tak jauhlah) yang penting aku dapat mengeluarkan peluh.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Hari Raya Yang Lalu

Gambar ni diambil masa hari raya Adil Fitri yg lepas, masa ni kami sekeluarga bersama adik beradik yang ada pergi menziarahi pusara arwah bapak di Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak. Arwah bapak tidak sempat melihat kejayaan anak anak beliau, dia terlebih dahulu di panggil Ilahi. Abang sulung aku tidak sempat pun menatap wajah terakhir arwah bapak kerana pada masa arwah bapak meninggal, abang aku masih belajar di USA. Kini anak anak mu telah berjaya dan hampir semuanya sudah pun berkeluarga Al-Fatihah buat arwah bapak, Mohd Ramly Bin Abd Razak, semoga rohnya ditempatkan dikalangan umat-umat yang terpilih.

Rabu, 22 September 2010

Kenangan Dahulu

Gambar ni di ambil semasa aku sekolah tadika...aku ulangi..SEKOLAH TADIKA (utk memberi gambaran yang pada masa ini aku masih anak anak yg suci....)...gambar ni pun aku dapat melalui sorang kawan aku yang aku panggil dia Chemy..
Dulu kami bersekolah di bawah rumah seorang cikgu di lorong guru, kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak...
Adik aku Junaidah pun ada sama dlm gambar ini, duduk sebelah sepupu aku Gudik (nama gelarannya)
Terima kasih jugak pada Facebook yang membolehkan kami menjejaki kawan kawan lama yang terpisah, walaupun kami satu kampung, tetapi dek kerana masing masing sudah berkeluarga maka kami jarang dapat berjumpa hatta di hari raya sekalipun, yang aku sering jumpa hanyalah orang tua mereka.
Sekolah tadika ini jugaklah yang mengenalkan aku dengan abjab A B C dan huruf 1 2 3
Gambar ni aku pun tak ingat dah masa kahwin pak/mak saudara aku yang mana (ni gambo di rumah opah aku), kalau tak salah aku ni masa kahwin Wa kot..
Ini gambar aku dengan adik beradik dan sepupu sepupu aku (ada sorang aje kawan kami)...gambar ini diambil di rumah Mak Yon Ju di tingkat atas rumahnya, aku masa tu tengah mengayakan baju vest kulit unta (hadiah arwah atuk aku)...Kalau ikutkan, baju vest tu gatal (ia berbulu) tapi disebabkan nak bergaya.....gatal pun gatallah...
Ni gambar sepupu sepupu aku di masa majlis perkahwinan Long(dia ni mak saudara aku tapi suruh anak buah dia panggil dia long sbb nak nampak muda, gelaran ini hanya utk anak anak saudara yg senior aje...so sepupu sepupu aku yg muda muda still panggil dia Mak Long)
Ni pun gambar aku dengan sepupu aku (kecuali yg depan tu ialah pak usu aku) tapi masa bila gambar ini aku dah lupa sebab selalunya kami sepupu sepupu dapat berkumpul ramai ramai hanya bila ada majlis perkahwinan aje.
Ini ialah gambar yang paling lama (terima kasih sepupu aku Ani yg telah memberi gambar ini), aku sendiri pun tak ingat berapa umur aku masa ni..
Yang ada dalam gambar tu ialah Pak Usu(berdiri didepan sekali), Pakcik Tar(yg duduk tangan atas peha tu), Fendy (abg sulung aku), Aku yg di pangku oleh opah aku, Ani yg di pangku oleh mak dia sendiri (Mak Anjang)

Fast car -Tracy Chapman

Tracy Chapman dengan lagu Fast car merupakan lagu yg aku minat dari zaman aku ITM awal 90an dulu..
Masa mula mula dengar lagu ni ingat lelaki lah yg menyanyikan, rupa-rupanya perempuan yg nyanyi lagu ni....
Hingga kini aku still amat meminati lagu ini...