Rabu, 1 Jun 2011
Keindahan Hidup
Akhirnya, setelah kami berhempas pulas bekerja siang dan malam, terkabul juga cita cita aku untuk menghadiahkan wife tersayang aku dengan kereta idamannya.
memang kereta tersebut dapat awal dari tarikh lahirnya kerana tiba-tiba masa aku nak booking kereta, wife aku berkenan pulak dengan warna putih.
Kalau ikut perancangannya, warna yang wife aku pilih akan hanya dapat dalam bulan September iaitu bulan kelahirannya, tapi kerana wife dah berkenan dengan warna putih, so kereta tu pun dapat awal. Tak ambil masa yang lama pun untuk kereta tu keluar, 23hb Mei aku dengan wife aku pergi booking, 25hb Mei aku sain loan dan 27hb Mei kereta keluar dengan nombor tetap 7071.
Tapi mungkin Allah lebih mengetahui dan ada hikmahnya, beberapa jam selepas keluar showroom, kereta tersebut terpaksa di towing keworkshop semula kerana kegagalan fungsi.
So semalam bertarikh 31hb Mei, barulah kami merasa kereta baru kami tu, setelah kerosakan pada kabel ke alternator (yg longgar) diperbaiki.
Yang penting, kereta tersebut ialah diatas nama aku sendiri ianya merupakan hadiah istimewa buat isteri tersayang.
Isnin, 14 Mac 2011
Suasana Pagi Di Kuala Gula
Hari ni akan bercuti kerana menghantar ayang aku ke Kuala Gula, nyaman sungguh suasana pagi disini yang bertemankan kicauan burung dan enjin bot nelayan yang memecah keheningan pagi.
Matihari baru saja memunculkan diufuk timur, indah sungguh suasana begini.
Matihari baru saja memunculkan diufuk timur, indah sungguh suasana begini.
Published with Blogger-droid v1.6.7
Isnin, 7 Mac 2011
Nia Kena Marah
Walaupun dah banyak permainan yang dah dibelikan, benda benda lain jugak yang dia suka usik (perangai bebudak).
Anak aku yang sorang ni pegi main bekas sebuk kopi kat depan tempat menunggu patient, memang tak dinafikan Nia ni peminat kopi macam aku, bab suka buat projek yg bukan bukan ni perangai mak dia (benda ni mak mertua aku yg kata....)
Alih alih terjatuh bekas tu....apa lagi, berteraburlah serbuk kopi memenuhi lantai klinik, mujur tiada patient masa tu, apa lagi...jadi Hulk lah wife aku...mujur tak koyak baju je...
Si kecik tu terkebil kebil kena marah.
So apa lagi, kena sapu dan mopkan tempat serbuk kopi tu tumpahlah...
Jumaat, 4 Februari 2011
Gaya Tidur
Nilah rupa gaya tidur anak anak aku, selagi tak digerak selagi itulah tak bangun tidur.
Published with Blogger-droid v1.6.6
Khamis, 3 Februari 2011
Alza tinggal kenangan
Hari ni merupakan hari terakhir Alza akan bersamaku, selepas ini Alza akan menjadi kenderaan rasmi bapak mertuaku.
Memang wife aku dah bernazar untuk memberi kereta ni kepada ayah beliau.
So lepas ni, aku akan memandu VIVA sementara menunggu Nabira aku siap..
Published with Blogger-droid v1.6.6
Langgan:
Catatan (Atom)








