Tahniah yang.....I love U
Mujo mak buyung tu tak meletup time nik kat pentas tadi ye....
Tahniah yang.....I love U
Mujo mak buyung tu tak meletup time nik kat pentas tadi ye....
Pada tarikh 2hb Ogos bertempat di Taman Tasik Perdana...kami waris-waris KKAR (Keluarga Razak) berkumpul bagi membincangkan perjumpaan besar-besaran keturunan Abdul Razak Bin Rostam (atuk sebelah bapak aku) pada 3 hari raya puasa nanti.
Ramai jugak yg hadir dari pada mak-mak saudara dan pak-pak saudara, termasuk jugalah sepupu-sepupu dan anak-anak saudara yg tinggal di sekitar lembah klang yg hadir..
Seperti biasa, aku hanya membawa Darniel dan Darlin aje...Mas terpaksa menjaga klinik...so..penat jugaklah menjaga bebudak ni...
Makanan pagi tu di bawa oleh Ani (sepupu aku) yg penat memasak nasi lemak..roti canai, bihun pun ada....
Biasalah, bila dah berkumpul ramai-ramai ni...banyak cerita yg keluar...
Hari rabu tu aku mmg sekerat hari aje sbb dah janji dgn Mas yg aku nak ambik dia di UM dan makan dgn Kak Posh di tempat Ixora..Tahun ni...kami sekeluarga memilih tema warna merah untuk pakaian raya...
Memang telah menjadi kelaziman kami akan membeli dan menempah seawal mungkin bagi menggelakkan membeli disaat akhir....
Setelah berbincang...aku dengan Mas bersetuju menempah baju raya dengan sepupu aku yg memang mengambil upah menjahit...dan alang-alang selepas Daniel habis bersukan...kami terus ke rumah kak yati di Kampung Lindungan PJ
Sudah lama jugak aku tidak singgah ke rumah Kak Yati ni...last sekali kami datang ialah semasa melawat Abg Mat yang patah tangan semasa bertugas di kilangnya.
Aku kira rapat jugak dengan Kak Yati ni..dia merupakan anak ke-4 Mak Ngah(kakak mak aku)
Dulu semasa aku latihan amali di ASM Bukit Raja (semasa aku semesta 5)..selama sebulan...aku tinggal dengan Abg Mat dan Kak Yati...
Darlin yang tengah happy sbb baru dimandikan oleh Nabila anak sulung Kak Yati..
Darlin yang sedang diambil ukuran badan bagi membuat baju kurung