Dah lama aku menjadi SAHABAT KLFM...ini adalah gambar yg diambil oleh Badang_Perkasa semasa mula-mula aku kenal beliau, masa tu aku melawat isteri beliau yg baru bersalin..pertama kali berjumpa sahabat
Bergambar bersama Kampungboy, Badang_Perkasa, Azli Paat dan isteri Alid masa berjumpa di sebuah kedai Tomyam di PJ (dekat dengan kedai kampungboy) Majlis Hari Raya KLFM Jawamuar,aku,Buayanakal,DJ Khairul,Mizipanjang,Alid,Panglima Bukit GantangMajlis perpisahan Kak Posh yg ditaja oleh Blacksnow di Hotel Nikko
Tapi itu kenangan yg akan menjadi kenangan...selama aku menjadi sahabat...2 kali nama aku di BLACK LIST... So kali ini mungkin akan menjadi kali yg ke 3 kerana MMS aku yg bertajuk LUMBU.FM..
So aku mengambil pendekatan..
"Aku masuk tak dijemput, maka tak perlulah aku keluar dihalau"... SO BERMAKNA BERMULA TARIKH 17HB OGOS 2008. AKU BUKAN LAGI SAHABAT KLFM, DAN PENDUDUK KGMMS.