Tanggal 9hb April 2009, kami makan tengah hari bersama Anuar Zain bagi majlis sambutan Hari Setiausaha.
Sebenarnya, tiket menonton @ makan t/hari ni merupakan satu kejutan dari wife tercinta aku semperna hadiah hari jadi aku pada 27hb March yang lalu...Dia tahu yg aku begitu meminati lagu-lagu nyanyian Anuar Zain
Pentas dimana persembahan akan dilangsungkan (gambar ini diambil dari meja makan kami...atau pun secara tidak langsung, ingin memberi tahu yg kami duduk di meja yg di hadapan pentas...)
Wife aku sempat bergambar dengan patientnya (no 3 dari kiri)
Yang ni pun salah sorang patient Mas di LPPKN...dan duduk pulak 1 meja dgn kami
Dee menjadi pengacara majlis
Dee dengan salah satu persembahannya bersama-sama bos-bos...(semua bos diminta bergaya dgn identiti penyanyi...dari kiri gaya R.Azmi, Jeffridin, Sudirman, Allycats, M Daud Kliau dan Anuar Zain)
Gaya seorang penghibur
Memiliki aura yang tersendiri
Patutlah ramai gadis-gadis dan mak-mak budak yang meminati Anuar Zain
Tak rugi membeli tiket yang mahal untuk menonton artis yang mempunyai kelasnya yang tersendiri
Walaupun mengalami batuk dan sakit tekak, ianya tetap tidak menganggu rentak nyanyian Anuar Zain
Lagu-lagunya yang berentak R&B sangat-sangat menghiburkan
Setiap lagu disampaikan dengan penuh penghayatan
Tahu bagaimana berkomunikasi dengan perminatnya
Pertunjukan 1 jam lebih terasa deras berlalu
Ramai yang sanggup berjoget dengan Anuar Zain
Senyuman yg membuat sesetengah wanita histeria
Tidak malu untuk menyanyikan lagu dari penyanyi baru....Lagu Aizat..
Pada aku Anuar Zain berada dikelasnya yang tersendiri, aku meminatinya sewaktu beliau popular dengan lagu Kain Pelikat sewaktu umur aku belasan tahun.
Pertama kali aku berjumpa dengan beliau ialah pada tahun 1997 sewaktu beliau masih bekerja sebagai Ketua Pramugara dengan MAS, aku pada masa itu selalu berulang ke Sabah pasal kerja, aku pernah menaiki satu kapalterbang dengan kakaknya Ziana Zain dari Sandakan, yang membuat persembahan di Sabah.
Tapi aku puji Anuar Zain kerana dia sentiasa tersenyum ketika melayan peminatnya...Aku dengan Mas sanggup membeli baju hanya untuk ditanda tanganinya...dan aku terkejut kerana setiap seorang akan dapat berjumpa beliau di bilik VVIP ketika beliau menanda tangani baju tersebut.
Dan pada hari tersebut jugak, buat pertama kalinya kami memenangi 2nd Prize ke Bangkok (masa mendaftar, aku dah cakap dengan org yg menerima pendaftaran kami yang kami kan menang cabutan bertuah sebab kami jarang dpt luck...tapi org tu dengan bangganya berkata.."tak pa encik, hari ni kami jampi supaya encik suami isteri menang cabutan bertuah..." dan akhirnya tanpa kami sangka, no 0179 diumumkan memenangi hadiah tempat ke-2.....
Anyway....aku ingin merakamkan ucapan khas buat isteri tercinta aku dengan ucapan
I LOVE U SO MUCH MY DEAR....
thanks sayang
2 ulasan:
Sayang awak juga, tp tak dak ler hadiah.. heheheh
Akak sayang adik...
Happy Besday BAD... dont be bad...
ish ish... tak ku sangka ko ni berjiwa sentimental gak ye bad... minat plak kat anuar zain.. jiwang mamat ni ghupe nye... hehehe.. anyway, happy belated birthday to u bad...
Catat Ulasan