Khamis, 17 Januari 2008

Nia Darlina Hissi Binti Badrul Hisham

Anak kedua selepas 5 tahun..seorang puteri yg di beri nama Nia Darlina Hissi Binti Badrul Hisham lahir pada 12hb Januari 2008 ( 3 Muharam 1429 hijrah)..sama hari jadi dengan Haris Ismail sepupu aku yg bekerja sebagai COO di Astro..
Setelah Nia selamat dan isteri tercinta aku pun selamat..maka aku dengan Daniel pun pergi ke kedai gunting rambut menunaikan nazar untuk membotakkankepala kami..sebab malam sebelum aku menghantar Mas ke Metro masa dia nak makan nasik..tiba2 aje pinggan nasik tu terjatuh...so aku bernazar jika semuanya selamat..maka aku akan korbankan rambut aku yg tak pernah aku botakkan...
Ada orang kata, nia ni banyak rupa abangnya...cuma dia tak banyak ragam macam abang nya..(hampir semua yg menjaga Nia adalah orang yg sama menjaga Daniel masa Daniel dilahirkan dulu)
Time Azan dan Qamat..aku kekok jugak nak pegang Nia....lama tak pegang baby lah katakan....
Hari-hari terakhir aku berambut...kah,kah,kah...demi kasih kepada Isteri aku dan anak-anak...aku korbankan rambut ku.....

4 ulasan:

ZUL berkata...

Tahniah diucapkan diatas kehadirannya...

bimmer553 berkata...

tahniah bro. dan selamat berjaga malam. dah training tukar pampers ke ?

ixoraroxi berkata...

tahniah...selamat berjaga malam, masak air, bancuh susu, tukar lampin, cuci lampin & baju baby...:D

iinsanpiatu berkata...

lambat masuk kat blog abg..hehe baru tahu..apepun bestnya dapat tgk pic beby..so cute..kalau dapat pegang cium lagi best..suke beby..:)