Jumaat, 23 Mei 2008

23hb May 2003

Dah 5 tahun dah usia Daniel Hissi Bin Badrul Hisham, anak lelaki sulungku

Adatlah..anak lelaki lasaknya..Tuhan saja yg tahu..Darlin asyik kena buli ajelah..mujurlah Darlin ni jenis garang..berapa kali abg longnya kena jerit dgn Darlin ketika abg longnya cuba mengacaunya..

Sekarang ni pantang bergambar saja..mesti berbagai aksi dia akan tunjukkan..Mas kata abg long ni jegela orgnya...kah kah kah..no komen..cikgu dia pun cakap yg dia ni suka kacau org, kadang2 sampai nangis dibuatnya..(ini aku akui..perangai aku..suka kacau org) Gambar Daniel Hissi dan Darleena (anak FDM)..gaya macho tu..(yg tu ikut maknya..bukan aku..)

Khamis, 15 Mei 2008

Abang & Adik

Aku suka tengok gambo ni....awal pagi sebelum bertolak pegi kerja...aku snap gambo ni...mujo abang long tak ada rambut tegak-tegak dah...kalau tidak...sejibikkkkk..
Ayang selalu cakap..."Abang long, dalam dunia ni, abang long ada sorang aje adik...
Tapi bila aku pikir balik, ayang tak boleh cakap macam tu kat Darlin sbb Darlin dah ada mak susuan (adik perempuan aku) dan sekali gus...semua anak Jun merupakan adik beradik Darlin...
Kah kah kah...rugi abang long sbb tak suka isap tetek..tengok macam Darlin...pantang sua aje..dia isap punya...
Semoga kedua-dua anak ini menjadi insan yg berguna

Darlin dah boleh keluar hospital!!!!

11hb Mei 2008, Dato Dr Azizi datang melawat dan bagi tahu yg Darlin dah boleh balik.... pukul 2 ptg baru selesai semua urusan (lama jugak nak tunggu mereka uruskan insuran ni..) Bil dekat RM3000 lebih...tapi itu gunanya insuran.. Maziah dan keluarga memang ada datang melawat dari semalam lagi..so t/hari tu ajak mereka satu family makan kat Pizza ajelah.. Abang long yg tak boleh duduk diam... 1st time Darlin main belon.

Rabu, 14 Mei 2008

Darlin dimasukkan ke hospital # 3

Darlin dah sihat dah....dia tak demam dah..dah boleh mandi ayo paneh dah....
Dato yg datang petang 10hb Mei 2008 utk check up kata ..."tunggu sampai esoklah, kalau esok ok..bolehlah keluar..." Comel anak papa dan mama ni.. Kuat merajuk pulak tu.... Gas kena pakai tau.... Abg long tengah tengok tv pun sempat berposing jugak..

Darlin dimasukkan ke hospital # 2

Darlin dah boleh tersenyum dan bermain dah....tapi kahak dia masih ada lagi... Abg long mesti nak tumpang punya.. Banyak kurang berbanding sebelum masuk Damansara .... Di kantin hospital masa makan malam.... Memang minggu tu..aku terlampau letih...setiap ari lepas kerja aku terus ambil Daniel dan terus ke Damansara...pukul 11 lebih baru balik rumah...