23hb Mei 2008, merupakan kali terakhir Daniel Hissi dapat menyambut sambutan hari jadi beliau di Taska LPPKN..selepas ini Daniel Hissi dan Nia Darlina Hissi akan dihantar ke Taska yg baru di Batu Caves...(dekat dgn papa sbb bermula bulan 6 ayang akan posting selama 6 bulan di Putrajaya)
Sudah 5 tahun abg long tinggal kat Taska LPPKN..dari umur 2 bulan lebih hinggalah sekarang...ramai kawan-kawan abg long yg dah berpindah...memang dia yg paling senior kat situ...atoilah katakan..mesti pengasuh dan cikgunya terasa nanti.
Memang selalunya kami akan menyambut hari jadi abg long di A&W Petaling Jaya(untuk keluarga terdekat sahaja), tetapi tidak untuk tahun ini.Tahun ini biarlah ianya disambut meriah di Taska sahaja memandangkan ini adalah sambutan yg terakhir.
Banyak jugak hadiah yg abg long dapat dari pengasuh-pengasuhnya, tersenyum-senyum abg long ketika menunjuk hadiah yg dia dapat kepada aku.
Semua kanak-kanak sedang membelek kek yg akan menjadi mangsa perut mereka sekejap lagiii..
Abg long dengan mata bengkaknya (sakit mata pulak tu)...tapi mahco tetap ada..
Abg long dikelilingi rakan-rakannya..
Antara kudapan wajib di majlis sambutan hari jadi seorang kanak-kanak
Upacara potong kek
Lagu wajib sedang didendangkan.......












.jpg)








