Rabu, 5 Disember 2007

Org ada blog, aku pun teringin.....kah kah kah..

Kehidupan aku cuma aku saja yg faham, ramai yg tak akan faham perjalanan hidup aku ni..mak aku pun pelik dengan kehidupan aku...

Aku ada isteri yang aku sayang dan cintai, tapi dapur kami tak pernah panas dek api dapor atau kotor dek minyak yg merecik dari kuali..gas memasak kat rumah aku boleh tahan sehingga hampir 2 tahun...bukan sbb bini aku tak reti masak (bila lama tak masak ia jadi tak reti...kah kah kah..sampai nak pasangkan api dapor gas pun tak reti...).bini aku terlampau sibuk.Itulah sebabnya aku tido jarang berBANTAL peluk...

Tapi penting sangat ke memasak ni??..Dalam islam pun tak ada nyatakan isteri itu berkewajipan memasak...Mungkin anak aku aje nanti yang tiada makanan kegemaran yg mak dia masak...macam aku, aku kalau balik kampung, mak mesti masakkan gulai lemak putih,cekodok bawang,ikan cencaru sambal dan macam-macam lagi lauk-lauk kesukaan aku.

Ramai kawan yang kata aku ni terlalu sayangkan bini aku sehingga tak paksa dia memasak...so what???..Aku boleh masak apa, anak aku pun tahu yg bapak dia lagi pandai masak dari mak dia...

Nasihat aku..kalau kita nak aman hidup berumah tangga...abaikan kutukan org luar...saling tolong menolong sesama sendiri..kalau keluarga kita susah, bukan org tu nak tolong...

1 ulasan:

IXORAROXI berkata...

aku penah baca dalam buku mana ntah tak ingat pun...Aishah ada buat roti utk Rasulullah...dah bertahun aku dok dapur & masak tapi tangan aku masih lembut beb..hahahaha
terpulang pada individu..namun orang tua dulu2 dan emak2 kita sesibuk mana pun dia masih berkesempatan memasak kawan...hehe tiada kena mengena itu gambar!