Rabu, 14 Mei 2008

Darlin dimasukkan ke hospital

7hb Mei 2008...awal pagi tu Darlin demam lagi...darah dah ambik dan diperiksa..tiada denggi. Aku terpaksa salin baju kerja yg baru bila Darlin muak atas aku ketika aku nak bawa Darlin masuk kereta.. Ayang tak sedap ati..sbb Darlin still demam "bang...kita bawak Darlin hospitallah"...aku tetap diam membisu..bukan aku tak sayang Darlin tapi aku tak suka management hospital Seri Kota... tak sebagus Assunta. "Kita bawak Darlin ke Damansara Specialist lah.."....berdetik dalam ati aku..mak hoi..jauhnya.."kat sana kita jumpa Dato' Dr Azizi..dia pakar paediatrician dan chest pysician.." "mana manalah yang..." lagi pun Dato ni bekas pensyarah ayang.. So terpaksalah aku ambil cuti mengejut ari ni Dalam ati aku..Dato ni mesti kawan Blacksnow sbb Dato' Dr Azizi ni pun bekas pensyarah UKM...dan blacksnow merupakan salah sorang consultant pelawat kat sana..

Kami sampai kat hospital ni awal jugak..walaupun mula2 tersesat jugak sbb Ayang tersalah tunjuk arah.... Lepas doktor periksa...kami makan pagi kat kantin hospital...nurse sana kata wad penuh kena tunggu sbb pagi tu mungkin ada sorang keluar... Dato datang periksa Darlin..aku dah lupa rupa Dato ni walaupun ayang cakap yg kami pernah terjumpa masa mula-mula Dato joint Damansara ni..Aku tak ingat pulak bila..(udah tua aku ni rupanya...selalunya aku ni jarang lupa..)

Pukul 2 lebih baru Darlin dimasukkan ke wad...bilik 285....

Terdetik jugak dalam ati aku...ramai org masuk hospital ye....tak laku dah hospital kerajaan ye..

Aku terlampau letih...tapi mujur Darlin ni isap susu badan..so terpaksalah ayang yg menunggunya...terpaksalah batalkan semua locum-locumnya...

Masa Daniel dulu..aku yg jaga kat hospital... Darlin yg letih dan lemah lagi..tak banyak bercakap.... salah satu hobi abg long dia ialah mencium lengan...baik lengan mak dia, lengan aku atau pun lengan si Darlin... Muka jegela abg long...walaupun naik angin aku dan ayang bila tengok perangai Daniel ni...nak main aje kerjanya..

Kaki Darline kena ikat kat bantal sebab takut dia tendang balutan tu...sampaikan Dato kata..."hai..fesyen baru ke ni???"

1 ulasan:

ilaIP berkata...

eiiii...comelnya darlin..geram ar..moga Darlin akan bertambah sihat...