Sabtu, 24 Mei 2008

Sambutan Hari Jadi Daniel Hissi Di Taska LPPKN

23hb Mei 2008, merupakan kali terakhir Daniel Hissi dapat menyambut sambutan hari jadi beliau di Taska LPPKN..selepas ini Daniel Hissi dan Nia Darlina Hissi akan dihantar ke Taska yg baru di Batu Caves...(dekat dgn papa sbb bermula bulan 6 ayang akan posting selama 6 bulan di Putrajaya)
Sudah 5 tahun abg long tinggal kat Taska LPPKN..dari umur 2 bulan lebih hinggalah sekarang...ramai kawan-kawan abg long yg dah berpindah...memang dia yg paling senior kat situ...atoilah katakan..mesti pengasuh dan cikgunya terasa nanti.
Memang selalunya kami akan menyambut hari jadi abg long di A&W Petaling Jaya(untuk keluarga terdekat sahaja), tetapi tidak untuk tahun ini.
Tahun ini biarlah ianya disambut meriah di Taska sahaja memandangkan ini adalah sambutan yg terakhir.
Banyak jugak hadiah yg abg long dapat dari pengasuh-pengasuhnya, tersenyum-senyum abg long ketika menunjuk hadiah yg dia dapat kepada aku.
Semua kanak-kanak sedang membelek kek yg akan menjadi mangsa perut mereka sekejap lagiii..
Abg long dengan mata bengkaknya (sakit mata pulak tu)...tapi mahco tetap ada..
Abg long dikelilingi rakan-rakannya..
Antara kudapan wajib di majlis sambutan hari jadi seorang kanak-kanak
Upacara potong kek
Lagu wajib sedang didendangkan.......

Jumaat, 23 Mei 2008

23hb May 2003

Dah 5 tahun dah usia Daniel Hissi Bin Badrul Hisham, anak lelaki sulungku

Adatlah..anak lelaki lasaknya..Tuhan saja yg tahu..Darlin asyik kena buli ajelah..mujurlah Darlin ni jenis garang..berapa kali abg longnya kena jerit dgn Darlin ketika abg longnya cuba mengacaunya..

Sekarang ni pantang bergambar saja..mesti berbagai aksi dia akan tunjukkan..Mas kata abg long ni jegela orgnya...kah kah kah..no komen..cikgu dia pun cakap yg dia ni suka kacau org, kadang2 sampai nangis dibuatnya..(ini aku akui..perangai aku..suka kacau org) Gambar Daniel Hissi dan Darleena (anak FDM)..gaya macho tu..(yg tu ikut maknya..bukan aku..)

Khamis, 15 Mei 2008

Abang & Adik

Aku suka tengok gambo ni....awal pagi sebelum bertolak pegi kerja...aku snap gambo ni...mujo abang long tak ada rambut tegak-tegak dah...kalau tidak...sejibikkkkk..
Ayang selalu cakap..."Abang long, dalam dunia ni, abang long ada sorang aje adik...
Tapi bila aku pikir balik, ayang tak boleh cakap macam tu kat Darlin sbb Darlin dah ada mak susuan (adik perempuan aku) dan sekali gus...semua anak Jun merupakan adik beradik Darlin...
Kah kah kah...rugi abang long sbb tak suka isap tetek..tengok macam Darlin...pantang sua aje..dia isap punya...
Semoga kedua-dua anak ini menjadi insan yg berguna

Darlin dah boleh keluar hospital!!!!

11hb Mei 2008, Dato Dr Azizi datang melawat dan bagi tahu yg Darlin dah boleh balik.... pukul 2 ptg baru selesai semua urusan (lama jugak nak tunggu mereka uruskan insuran ni..) Bil dekat RM3000 lebih...tapi itu gunanya insuran.. Maziah dan keluarga memang ada datang melawat dari semalam lagi..so t/hari tu ajak mereka satu family makan kat Pizza ajelah.. Abang long yg tak boleh duduk diam... 1st time Darlin main belon.

Rabu, 14 Mei 2008

Darlin dimasukkan ke hospital # 3

Darlin dah sihat dah....dia tak demam dah..dah boleh mandi ayo paneh dah....
Dato yg datang petang 10hb Mei 2008 utk check up kata ..."tunggu sampai esoklah, kalau esok ok..bolehlah keluar..." Comel anak papa dan mama ni.. Kuat merajuk pulak tu.... Gas kena pakai tau.... Abg long tengah tengok tv pun sempat berposing jugak..

Darlin dimasukkan ke hospital # 2

Darlin dah boleh tersenyum dan bermain dah....tapi kahak dia masih ada lagi... Abg long mesti nak tumpang punya.. Banyak kurang berbanding sebelum masuk Damansara .... Di kantin hospital masa makan malam.... Memang minggu tu..aku terlampau letih...setiap ari lepas kerja aku terus ambil Daniel dan terus ke Damansara...pukul 11 lebih baru balik rumah...

Darlin dimasukkan ke hospital

7hb Mei 2008...awal pagi tu Darlin demam lagi...darah dah ambik dan diperiksa..tiada denggi. Aku terpaksa salin baju kerja yg baru bila Darlin muak atas aku ketika aku nak bawa Darlin masuk kereta.. Ayang tak sedap ati..sbb Darlin still demam "bang...kita bawak Darlin hospitallah"...aku tetap diam membisu..bukan aku tak sayang Darlin tapi aku tak suka management hospital Seri Kota... tak sebagus Assunta. "Kita bawak Darlin ke Damansara Specialist lah.."....berdetik dalam ati aku..mak hoi..jauhnya.."kat sana kita jumpa Dato' Dr Azizi..dia pakar paediatrician dan chest pysician.." "mana manalah yang..." lagi pun Dato ni bekas pensyarah ayang.. So terpaksalah aku ambil cuti mengejut ari ni Dalam ati aku..Dato ni mesti kawan Blacksnow sbb Dato' Dr Azizi ni pun bekas pensyarah UKM...dan blacksnow merupakan salah sorang consultant pelawat kat sana..

Kami sampai kat hospital ni awal jugak..walaupun mula2 tersesat jugak sbb Ayang tersalah tunjuk arah.... Lepas doktor periksa...kami makan pagi kat kantin hospital...nurse sana kata wad penuh kena tunggu sbb pagi tu mungkin ada sorang keluar... Dato datang periksa Darlin..aku dah lupa rupa Dato ni walaupun ayang cakap yg kami pernah terjumpa masa mula-mula Dato joint Damansara ni..Aku tak ingat pulak bila..(udah tua aku ni rupanya...selalunya aku ni jarang lupa..)

Pukul 2 lebih baru Darlin dimasukkan ke wad...bilik 285....

Terdetik jugak dalam ati aku...ramai org masuk hospital ye....tak laku dah hospital kerajaan ye..

Aku terlampau letih...tapi mujur Darlin ni isap susu badan..so terpaksalah ayang yg menunggunya...terpaksalah batalkan semua locum-locumnya...

Masa Daniel dulu..aku yg jaga kat hospital... Darlin yg letih dan lemah lagi..tak banyak bercakap.... salah satu hobi abg long dia ialah mencium lengan...baik lengan mak dia, lengan aku atau pun lengan si Darlin... Muka jegela abg long...walaupun naik angin aku dan ayang bila tengok perangai Daniel ni...nak main aje kerjanya..

Kaki Darline kena ikat kat bantal sebab takut dia tendang balutan tu...sampaikan Dato kata..."hai..fesyen baru ke ni???"

Selasa, 6 Mei 2008

Darlin kene ceme-ceme...

Malam tadi (5hb Mei 2008)...aku tak balik pun rumah...sementara tunggu Mas abis locum jam 11 mlm...aku dan anak2 lepak kat klinik aje.. Darlin tak berapa sihat...dada dia pun bergelodak bunyinya...kahak nya banyak kot..biasalah bebudak..apa lagi stail hidup kami.... kereta merah tu dah jadi rumah no 1, rumah kat Andalas tu cuma tempat tido aje...semua org dah cakap....BESO KAT DALAM KERETALAH ANAK2 KAMU HOIII..
1st time Darlin pakai gas ni...tak menangis pun macam abg long masa kecik kecik dulu... Abg long kalau bab bergambo...bagikan kat dia... Kadang-kadang terfikir jugak...
Mungkin sebab ini kot, Allah hanya kurniakan 2 org anak aje buat kami,..
Cukuplah...kalau dah itu rezekinya....

Mujur anak2 ini baik dan tak banyak ragam......

Ateeeee...tengoklah papanya....baik sungguh papanyaaaaaaaaaaaa

Abang long # 2

4hb Mei 2008, seperti biasa, selepas ambik Mas dari klinik di Rahman Putra, baru kami sekeluarga makan malam. Mula-mula nak makan di sg buluh aje..tapi jemu pulak..so aku cadangkan kami makan di Andalas aje... Sampai di Andalas jam dah menunjukkan pukul 10 lebih...abg long yg penat training power rangers dah tertido dah...penat gerakkan...tapi tak bangun-bangun jugak...
Nak tinggalkan dalam kereta takut bahaya..so angkut jugaklah...papa dia jugaklah yg jadi mangsa mendukung(apa punya bahasalah ni...) Memang mas ada suruh aku makan dulu kalau dia kerja malam....tapi masalahnya..macam mana aku nak makan kalau Daniel aku nak suap...Darlin aku kena pegang... Tulah..papa dah cakap...waktu ptg tu tido daniel...tapi tak nak dengo..nak jugak berLATIH Power Rangersnya....meloncatlah...sampai Darlin pun mengeletek kakinya..(nak joint sekalilah tu) Cian Daniel....

Sabtu, 3 Mei 2008

Abang long

Inilah sekolah Daniel Hissi bermula awal tahun depan ...2009...Daniel akan belajar..ADNI KINDERGARTEN...
Daniel dgn gaya machonya bergambar dihadapan sekolah....anak papa lah katakan
Daniel kata dgn aku selepas balik dari sekolah ADNI ni...papa..sekolah tu ada kolam renang papa....dalam ati aku...mahu ye tak ada...kalau dah yurannya pun lebih RM8,000 setahun...abihlah duit ASB mama...
Gaya sopan santun (macam papa dia jugak....kah kah kah...)
Gaya Power Rangers...(ni macam mama dia sbb mama dia RATU LOCUM...mmg power rangers)
Yang ni pulak gaya mama dia...pandai menggoda....tergoda I....